Syarikat pengurusan hartanah milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), khusus dalam pengurusan kompleks komersial, pembangunan strata dan fasiliti secara profesional dan bersepadu.
PMINT Urus – Pengurusan Strata ialah perkhidmatan pengurusan hartanah berstrata yang komprehensif dan berfokuskan kecekapan, ketelusan serta pematuhan perundangan. Perkhidmatan ini merangkumi pengurusan operasi harian, penyelenggaraan harta bersama, pengurusan kewangan, pentadbiran JMB/MC serta pematuhan kepada Akta Pengurusan Strata dan peraturan berkaitan.
Dengan pasukan profesional dan berpengalaman, PMINT Urus komited memastikan persekitaran kediaman dan komersial yang selamat, terurus dan lestari, sekaligus melindungi nilai aset serta meningkatkan kualiti hidup pemilik dan penghuni.
PMINT Urus – Pengurusan Fasiliti menyediakan perkhidmatan pengurusan fasiliti yang menyeluruh dan bersepadu bagi memastikan bangunan, infrastruktur dan kemudahan sokongan beroperasi secara cekap, selamat dan mampan. Skop perkhidmatan merangkumi penyelenggaraan fasiliti dan aset, pengurusan keselamatan dan kebersihan, pengurusan kontraktor serta pemantauan pematuhan terhadap piawaian dan peraturan yang berkaitan.
Dengan pendekatan profesional dan sistematik, PMINT Urus komited dalam menyokong kelancaran operasi, meningkatkan keselesaan pengguna serta memelihara nilai aset jangka panjang.